Wednesday, March 7, 2012

Salahkah Ummi?

Guilty as charged!..Itulah umi, seorang yang amat prihatin ( ayat puji diri) tentang anak2 sehinggakan ummi telah melakukan sesuatu yang tak terfikir akan menyusahkan orang lain kerana niat hati amat tulus, mulus,pulus, tapi akibatnya, ada orang yang terpaksa menerima akirbatnya...maaf ye!

Apa cerita umi ni? meraban semacam aje. ha ni la nak cerita:

Kelmarin , umi dengan gumbiranya telah menyiapkan ayish utk hari ujian darjah 1.  Eman, adik dan alin pun duduk ujian, so ayish pun kenalah bersiap sedia.Jadual takwim kata ada Ujian 1 pada 6 - 8 Mac. So umi buang semua buku dari dalam beg Ben 10 dia, dan hanya letak pencil case dan warna aje. Exam lah katakan. Siap suruh alin belikan pencil baru kat ayish.

Tengahari Alin dah call kata......apa dia kata?......
Umi, Ayish kena denda ( marah la tu) sebab dia tak bawa buku ke sekolah....rupanya darjah 1 tak dak exam, depa ada itu nama KSSR.....adui....kesiannya ayish. Cikgu kata: baguihla tak bawa buku ( dgn nada perli la tu).Umi  dapat bayangkan betapa gementarnya jantung ayish bila setiap kali cikgu masuk dan dia tak ada buku sebuah habuk pun......alangkah tersiksanya ayish.

Bila petang, umi pi amik dia dan alin di rumah mak, mak dia kata:  hari ni asyik merajuk tak bagi mak tengok homework dia, dia siap dok ulang kata, semua dia buat salah, kat sekolah salah, kat rumah salah, kat rumah mak salah....adui tekanan perasaan anak bongsuku. Dia tu lemah lembut sikit......

Dekat Maghrib, abah balik, umipun berleter la kat abah.apa ni abah kerja PPD pun tak tau darjah satu tak dak exam...bla bla bla.....abah cuma mampu tersenyum sebab dia memang lupa....dia kata dia pun tak sanggup nak tanya kat kawan pejabat takut kena perli sebab tak tau. ye la abahkan banyak program dia kena tau so mana nak ingat....itu umi faham la.

Then, umi hantar mesej kat cikgu darjah ayish, Pn Norhayati, yg kebetulan adalah kawan di SMJ dulu. umi minta maaf sebab umi yg salah buang semua buku ayish. Nak tau apa jawapan dia:

Tak pa, bukan dia SORANG........  Gulp............nampak gayanya bukan Umi sorang yang bersalah tapi ada juga yg prihatin ala tak berapa prihatin macam umi......gitulah ceritanya.

1 comment:

Farhan AJ said...

ish2..kesian la adik bob sorang ni..xpa2..habaq mai nama cikgu tu..siap la dia nanti..hahahaha