Baca tajuk di atas, aduh takutnya kerana memang benar akan keberkatan doa seorang ibu. lalu umi ingin jadikan ini tajuk update hari ini....baca ye...
Salam sayang buat semua 8 anak ummi,
Pejam celik dah besar anak2 umi dan dah 5 orang meninggalkan rumah utk belajar dan berdikari. Sememangnya, kehidupan di luar adalah amat mencabar kerana anak2 terpaksa berhadapan dengan seribu macam dugaan, cobaan dan halangan dan semuanya mesti dihadapi dengan tabah.
Umi memang tidak dapat menolong semua anak kerana kekangan kerja, waktu dan tempat lalu umi cuma dapat berdoa dari jauh, memanjatkan harapan, berdoa agar semua berada di dalam kalangan orang-orang yang diberkati dunia dan akhirat.
Memang hidup ini penuh dugaan, kecil besar, semuanya mesti diharungi dan dalam keadaan ini pasti kita akan menempuh kegagalan sebelum mencapai nikmat kejayaan. Tapi jangan lupa bahawa kegagalan itu adalah satu tapak ke arah kejayaan dan sekiranya kita berjaya selepas kegagalan, barulah kita rasa nikmat kejayaan yg sebenarnya. Ingat, semua orang nak A dalam hidup tapi, tanpa A tak semestinya kita gagal segagal gagalnya. A hanya satu huruf tapi yang penting adalah bagaimana kita bangun utk berusaha dgn lebih gigih lagi. Tak semua yg dapat A itu akan berjaya dan tak semua yang dapat B, C atau D itu gagal. Apa yang kita lalui utk mendapat kejayaan itu sebenarnya pengalaman yg lebih bermakna.
Jangan terlalu obses dgn apa yang orang kata, tapi fikir apa yg kita mau. Orang boleh berleter 3 , 4 jam, orang boleh menghina siang malam, orang boleh mengertak pagi, petang tapi orang tidak boleh mengubah kita kalau kita sendiri enggan berubah, ingat tu. yg penting jadikan segala penghinaan itu sebagai titik tolak kepada satu usaha yang lebih berkesan.
Untuk menjadi kita berjaya, ingin umi nasihatkan kepada anak2 umi bahwa ada 3 perkara yang mesti kita jaga , kita pelihara , kita pegang setiap masa.
1. Tolong jaga tingkahlaku.
Jangan cepat melenting kalau orang menegur tingkahlaku kita. Fikir betul2, apa yang kita tonjolkan , itulah kita, hasil didikan ibubapa kita. Bila orang menegur kita, bermakna secara tak lansung, mereka menegur ketidaksempurnaan didikan ibubapa kita. Maukah kita membiarkan ibubapa kita dihina sebegiturupa? Tentu tidak ! maka jadilah anak2 yang sentiasa bersikap baik, faham bahawa tingkahlaku yang tidak baik hanya akan mengundang umpatan dan hinaan orang kepada kita sekeluarga.
2. Tolong jaga tuturkata.
Jangan cepat menjawab, mempersoal kenapa kita tidak boleh buat itu, buat ini? jgn terlalu lancar mulut mengomel apa yg kita tak tahu sebenarnya. bilamana kita ditegur bermakna, kita telah melakukan kesalahan dan atas rasa bertanggungjawab, maka kita ditegur. berlapang dada, dengar dan ikut. Biarpun kadangkala, teguran yg kita terima amat pedih utk ditelan, amat kasar dipendengaran, tapi itulah manusia, mempunyai pelbagai cara utk menegur kerana mereka ambil berat, bukan membenci kita.
3. Tolong jaga cara berpakaian.
Jangan sesekali mengenakan pakaian lyang boleh membawa fitnah, boleh menyebabkan orang mengeji, mengumpat, menjebeh mulut kepada kita. Sebagai orang Islam, ikutlah cara berpakaian. Kalau kita terikut2 dgn cara Barat, maka percayalah bahawa kita sedang membawa ibubapa kita ke pintu neraka. tanpa kita sedari kita telah menyiram api yg panas mengelegak ke atas kepala ibubapa kita. maukah kita berbuat demikian? tentu tidak kan. jadi, setiap kali kita mengenakan pakaian, fikir dan soal diri sendiri: adakah pakaian aku ni akan menimbulkan fitnah? kalau aku pakai macamni aurat aku terjaga kah? apa orang kata kalau aku pakai macam ni? walaupun kita nak berfesyen, berpada-pada selagi aurat Islam terjaga.
Umi terpanggil utk menulis kerana umi amat takut anak2 akan tergelincir dari landasan ugama, terbabas tanpa sebarang panduan, lalu terkeluar dari keberkatan hidup dunia dan akhirat. Umi bukan sempurna tapi umi sentiasa berdoa agar kehidupan kita aman damai sepanjang masa. Marilah kita sama-sama mendidik hati, menegur sesama sendiri, membela maruah kita semua, moga kita dipertemukan dengan Allah dalam keadaan yang amat diredai, insyaallah......itulah doa umi.
No comments:
Post a Comment