Sebaik menyalami mak selepas umi tolong kemaskan rumah mak berkata dengan nada sayu, sedih merintih;
"Mak minta maaf kalau menyusahkan hang, Yan. Kalau ikut, mak tak mau jadi camni,, tak larat nak bergerak, menyusahkan hang."
Umi kaku untuk melangkah, sedih bilamana sikap mak amat berubah dari tegas, garang, dan keras kepada nada yang amat berbeza. Sampai mati umi tak kan lupa, kerana mungkin suatu hari umi juga akan berkata sedemikian.........
1 comment:
i hope i can take care of my mom until the 'time' comes :(
may ALLAH bless ur gud deeds madam~
Post a Comment