Bila tengok anak-anak dok tersepuk di rumah waktu cuti ni, teringat lak time umi kecik2 dulu.kalau cuti akhir tahun saja,aktiviti kami berlegar di kampung aje.acara tetap ialah memancing, menangkul anak udang, main tembak2 di bendang dan sudah tentu merayau serata kampung kutip buah. jambu, keriang, rumbia,mempelam dan nenas. tu la makanan kami waktu petang.tak dak sapapun marah kalau kami ambik,free of charge.kalau hujan ribut lagi kami suka, sebab lepas hujan stop,ibubapa semua sibuk dok perembang kot ada atap rumah tercabut,tapi kami sibuk merayau semua rumah, buat apa? ha, cari buah pelam atau kuinin yg luruh.semua jadi habuan kami .kami mana kisah pasai akibat ribut,yg penting ada benda nak makan.bahagia sangat masa tu.
Lepas saja mengaji quran (moga ALLAH rahmati tok guru kami aruah long Tam,) port tetap kami adalah di tepi sungai Kg Padang. Kalau musim air sungai dikeringkan, kami akan ramai-ramai turun sungai dan sauk anak udang yg dok pening, seluk anak ikan, bagai pesta gayanya sebab hampir kesemua orang kampung turun sungai. pastu resepi minum pagi dan petang sahla cucuq udang.....sedapnya.....sebab mak akan letak lebih banyak udang dari tepung...sayang budak2 sekarang tak dapat merasa ini semua. anak udang sekarang dibeli utk dijadikan umpan mancing. kalau air sungai banyak, kami akan memancing pulak. abang-abang akan buat rakit dan belayar dgn gayanya di tengah sungai. tapi yang ini umi tak berani buat dan tak dibenarkan oleh tok.
Apa lagi ye......OOOOhhhh...masa ni juga air dari sungai dilepaskan ke dalam koq sekeliling kampung. jadi aktiviti kami ialah mandi dalam koq...siap buat ombak lagi.....yang tak rajin basuh baju pun jadi rajin memberus sebab air laju dan bersih sangat...hmmmm....sekarang koq belakang kampung dah terkambus agaknya.....
Selama sebulan setengah kami bersuka-ria, barulah sekolah dibuka semula dan kami ke sekolah dengan muka yang gelap tapi ceria sebab cuti dihabiskan dengan aktiviti yang sihat. No Facebook, No Blog, No Bowling yet....the feeling was awesome.....ntah bila agaknya anak-anak umi dapat merasakan ini semua.
No comments:
Post a Comment