Cuti 2 minggu dah nak habis. Esok semester baru akan bermula. apa yang telah umi lakukan dalam masa cuti ni?Bila ditenung balik, memang banyak, terutama sekali pada minggu kedua, bilamana abah terpaksa menghadiri 2 kursus dalam seminggu, lalu semua tanggungjawab adalah terletak atas batu jemala umi.Nak kata tak suka, suka juga sebab umi rasa memang Allah dah letak keadaan begini. Allah nak uji umi lagi rupanya.
Dah la kena jaga mak, ditambah pula dengan menjaga kakak ipar yang menjalani pembedahan. Makan minum semua umi kena buat. namun begitu Allah Maha Adil, diberinya anak2 yang seringkali ringan tulang untuk membantu. Bukan sedikit pengorbanan mereka, bukan mudah kerja mereka yang umi pasti tak mampu dibuat sekiranya tidak dengan perasaan ikhlas. Kekadang umi sedih bila melihat anak2 yang terpaksa bergillir menganti umi utk menjaga tok, selama 5 malam, seminggu kami bergilir. Memang kali ini dugaan yang lebih kepada Bob kerana dia cuti hingga Feb. Atih dan Adik jadi partner so pendekata semua bekerjasama, hinggakan Alin dan Ayish pun tahu bila giliran mereka menjaga tok.
Di rumah pula, umi akan masuk dapur seawal 10 pagi, pastikan makanan mak ngah tersedia sebelum pukul 12.00. lauk ikan haruan yang umi memang tak berapa gemar nak masak sebab geli, tapi dek kerana kakak, umi pejam mata buat juga. Walaupun kekadang kecil hati dengan abah, tapi umi padamkan semua perasaan dan buat apa yang patut, sekadar yang umi mampu.Umi tahu umi bukan sempurna, banyak langkah dan tuturkata umi yang tak sedap dimata dan ditelinga, tapi umi kena buat juga kerana umilah ketua rumah bila abah tiada.
Kalau nak cakap pasai letih ni, memang la tak terucap. Kalau dapat tidur sekejappun dah syukur sangat. tapi bila bangun, kaki rasa bagai dicucuk-cucuk, tapi kena gagah juga sebab nanti anak-anak nak makan. Tambahan pulak, cuti ni, rm kureng sikit jadi tak berapa rancak le umi melawat supermarket. Ada hikmahnya juga kan. Umi jadi tukang masak sepenuh masa le, mencuba beberapa resepi. Biar anak2 makan dari air tangan umi.
Memang cuti 2 minggu ni mengajar umi erti pengorbanan, erti kesabaran dan erti kasih-sayang. Moga Allah kuatkan iman umi sepanjang hidup dan anak-anak umi belajar bertanggungjawab sepanjang masa, insyaallah.
No comments:
Post a Comment