Tuesday, October 11, 2011

Susahnya Menjaga hati

Susah hati umi bila memikirkan pasai hati ni. pasai apa hati ni susah sangat nak jadi baik, nak jujur dalam kerjabuat, nak lembut supaya tak terasa hati, nak jaga supaya tak memberi masalah kepada orang lain.
memang ajaib kalau umi dapat mendidik hati ini jadi sejuk, redho, tenang dan aman dalam menjalani kehidupan.

Sebabnya hati umi selalu berbolak balik, tungging buyung, kucar kacir bila memikirkan pelbagai hal yang mesti ditempuhi. mengapa mesti hati ini risau, gundah gulana, sebak sebu dan dup dap dup dap bilamana diberi sedikit ujian.

Nampak gayanya hati umi belum bersih, belum clear, belum terubat, belum mantop, belum sedia, belum yg segala-galanya belum. Jadi sebab itulah segala macam perasaan pelik yg umi rasa, yg umi tekan dlm hati , yg umi simpan dalam hati, yg umi selalu ambik hati.

Macamana nak bagi hati ini bersih sebersih bersihnya. pakai sabun apa boleh jadi hati umi suci sesucinya?  tepuk dada tanya selera, tekan hati tanya sendiri......

Nah, bila umi belek, bila umi kaji, bila umi muhasabah, bila umi renung, baru umi sedar bahawa utk menjadi hati umi suci, bersih, line clear, umi cuma ada satu jawapan iaitu:


IKHLAS
Memang senang nak bagi jawapan tapi nak praktik tu yang susah. apapun umi akan cuba yang terbaik utk menjadi seorang insan yang sentiasa IKHLAS.


No comments: