Sunday, May 8, 2011

XX AND XY

IBU: (SEDANG BERFIKIR)

Hmmm..hari ini Hari Ibu, apa anak2 aku nak bagi ni, nampak semua relax aje, buat tak tau aje, adakah mereka sedang berlakon, aku tau lah depa selalu macam tu. tapi kalau depa tak bagi apapun tak kisah, aku dah selalu dapat hadiah dan hadiah yg paling istimewa ialah membesarkan 8 orang anak2 yg dah besar panjang. yg kecik pun dahh 6 tahun. bukan semua dpt rezeki banyak tu. dalam 8 orang tu, macam2 ada kerenah depa. kadag2 OK, sometimes KO. tu lumrah la. kadang2 aku marah kat depa, kadang2 aku baik habis. uh...kalau tak dak hadiah pun tak kisah. kalau setakat doa ikhlas depa dalam diam2pun, aku redha. dah lebih dari bagus.
bagi aku yang penting, ibu yang di kampung. dulu masa dia sihat, aku akan belikan dia macam2 hadiah. yang terakhir sekali ialah sebentuk cincin yg sekarang dia dah bagi kat  Atih. mak dah tak mau pakai barang kemas dah. yg penting bagi dia, dia boleh bergerak sikit, utk makan, cakap, solat. yg lain dah tak dak makna. so akupun dok pikiaq nak bagi apa taun ni. segala harta benda bukan lagi kepentingan mak.

So, aku hanya bagi doa saja kat mak, doa yg berpanjangan, tak habis2, tak putus2 agar mak sihat sejahtera, dikuatkan iman  menghadapi segala cabaran, dikuatkan ingatan utk sentiasa berzikir dan berdoa kepada Allah. aku sedar, mak pun sedar, dlm usia 80an, tiada apa lagi kemewahan dunia yg diminta, kecuali dapat beribadat dengan sempurna. dan dengan iringan doa itulah, aku memohon agar aku juga menjadi seorang anak,isteri dan ibu yg solehah.

ABAH ( juga sedang berfikir)

ish hari Ibu ni kelmarin ke? tanya Yan bila, dia tak jawab, sure dia bengkek ngan aku sbb tak amik tau pasai hari istimewa ni. aku tak mau tanya dah, sat lagi tak pasai2 dapat irama cengeng. dah la 2, 3 hari ni dia emo semacam aje. ntah pasai apa, aku tak mau tanya, sat gi kena lagi. so the best thing is, baik aku diam. kalau dia cakap, aku layan, dia tak cakap, aku layan lagu di galaxy tab ni.


Payah gak ni sebab tak tau nak beli hadiah apa kat Yan. semua dia dah ada, tiap2 tahun bagi, birthdays bagi, anniversaries bagi, semua dia dah dapat. handset dia dah lebih 10 kali tukar, lebih canggih, advance dari aku punya. Ish , budak2 ni pun tak kata apa. payah ni, payah.  nak bawa pi makan pun, leh kata selang semalam kami makan di luar. nak amik cuti, 2 hari lagi kena cuti nak hantar kak aku ke hospital.

tak pa la, satgi aku bincang ngan budak2, nak buat camna. Tu dia henset dah bunyi, mampuih sure yan nak kata apa. Ha? Balik makan tengahari? Yan masak kari kepala ikan. ish favourite ni. Ai bukan hari ni dia patut dok saja, aku yg sepatutnya bagi dia treat, terbalik pulak. Hmmm kalau dia rasa ni style baru celebrate Mothers Day, ok la....

No comments: