Thursday, April 21, 2011

Plan Tindakan Cuti

Syukur cuti semester datang lagi, walaupun sekejap sahaja oleh tapi amat bermakna kepada kami pensyarah matrikulasi. Kawan2 umi mempunyai cadangan yg baik2 punya. ada yang nak ke London, nak tengok persediaan perkahwinan Prince William dan Kate, ada yg nak ke US, nak tengok anak graduate, ada yang nak cuti2 Malaysia aje, tapi pendekata inilah masa yg dinanti2 oleh semua.
Umi? Apa umi nak buat? Adui ni yg susah sebab plan umi amat sempoi, tak berapa nak terlibat dengan duit tapi banyak akan guna tenaga kudrat. Maklum umi jiwa lestari juga, jadi tanam pokok ialah satu yg pasti..dok tengok anak2 pokok betik dah meninggi, anak2 cabai pun dok galak bercambah, pokok bluebell pun dok membiak, semaian ros pun dah berdaun, so surely umi akan tumpukan waktu paagi utk tengok tanaman ni.

Sekali jeling dinding rumah, tengok tapak tangan anak2, rasa nak cat semula. baki yg hari tu pun masih ada. Kerja cat2 ni rumit sikit so, plan mesti baik punya. Kalau ada sapa2 nak tolong, memang umi sudi sgt2...tapi jangan cat warna hitam dah la.

Jogging? oh semestinya...selepas antar anak2 ke sekolah, umi akan ke tasik darulaman dulu, bagi seround, pastu baru balik. harap2 lepas cuti ni, berat umi leh turun sampai 53kg, tu berat umi dulu, sesuai dgn kependekan umi yg cuma 5kaki ini. Sekarang ni asyik dok 55.5kg aje, tak berapa best rasanya.

Sambe tu rasanya nak clear rumah tok sikit. pinggan mangkuk, periuk belanga tok umi nak kemas sebab la ni pun bukanya guna sangat. yg mana tak elok umi nak buang aje. maklum tok dulu2 suka sangat simpan pot(tin) lama, bekas plastik lama dan banyak lagi la. dulu kalau nak buang kena marah, tapi la ni tok dah tak keluar bilik so, umi nak buat spring cleaning la....

Rasanya cukupla plan tindakan umi utk cuti ini, kalau lebih2 nanti orang kata tak sedar diri tu dah tua, uratpun dah kendur tapi masih nak kerja teruk2.....well, kalau umi tak buat, sapa nak buat? tak dak sapa yg ada minat macam umi. tak kan nak paksa orang pulak. umi lebih suka buat sesuatu secara ikhlas dan penuh rasa minat yg mendalam, barula jadi kerja buat kita.


No comments: