Wednesday, February 2, 2011

Sibukkan Diri






Hari ini jam 8 pagi Along call cakap dia nak ke Jeddah sebagai pilihan untuk keluar dari Mesir, kalau nak balik ke Malaysia, kena tambang sendiri. buat waktu ini, dia dan kkwan di ARMA sihat. Riuh rendak kkwan dia dok besembang. Umi risau kalau depa tak dapat perhatian di Jeddah nanti, tapi abah kata maybe diaorang akan ditempatkan di Kompleks Tabung Haji sana. apapun umi harap kerajaan cepat2 la hantar bantuan.

Then at 11, umi ngan pn Hajar and Liza ke nursery Chun Man, gile tengok pokok bunga. then at 12, kami ke nursery MDKP pulak. thanks to En. Wan Fitri n En Yusof yg melayan kami dengan baik. Insyaallah kami akan buat keputusan secepat mungkin untuk membeli atau menyewa pokok2 bunga ini untuk persiapan tempat Matrikulasi Bersama-sama Masyarakat.

Sebenarnya, hati umi amat berat utk buat semua ni, kerana umi amat risaukan along, tapi kalau umi dok temenung fikirkan dia pun, tak ada kesan apa. Walaupun demam umi on off, umi gagah juga buat kerja. umi tak mau fikiran terganggu sangat. biarlah umi sibukkan diri. disamping itu sms yg banyak dari kkwan dan sedara memberi semangat kepada umi dan keluarga, rupanya ramai yg ambil berat.Terima kasih banyak2 diatas doa semua. semoga Along n frens selamat di manapun mereka berada.

Inilah yang dikatakan pengorbanan. dugaan tetap ada baik di manapun kita pergi. yang penting kena kuat semangat. umi memang sedih tapi, hanya doa yg dapat dipanjatkan.
Allah amat Mengetahui dan Menyayangi umatnya.

No comments: