semalam umi telah melakukan sesuatu yg amat umi tak suka sebab umi amat suka sangat nak teruskan tetapi terPAKSA dihentikan atas sebab yg tak dapat dielakkan sebab kalau umi teruskan juga umi akan jadi sewel sebab tak tau nak bahagi masa. la ni pun dok kelam kelibut cuih sana cuih sini..orang kata tak cukup tanah.
so semalam dengan sedihnya umi dah email kat seseorang yg dah banyak bakti kepada umi mengatakan umi tak dapat nak teruskan perkongsian pintar kami sebab umi tak mampu, memang dah nampak zaman kegelapan umi. berat rasanya hati nak menghampakan harapan orang yg berjasa kepada kita tapi nak buat gena.....dah terpaksa...tak rela tapi kena juga.
mungkin selepas ni tak dak sapa nak percaya kat umi dah, sebab mungkir janji, tapi umi rasa biarlah umi undur diri dulu sebelum perkara ini terus berlanjutan.daripada rugi 90% baik rugi 10& saja.
umi belajar dari kejadian ini untuk mengukur keupayaan sendiri dan jangan ambil apa yg kita tak mampu nak buat....yg penting adalah keluarga dan pelajar.
No comments:
Post a Comment