semalam while waiting for Isya' along dok cerita kat abah dia pasai pak lang(ex-husband aruah kak umi)suka ngan lebai yg along pakai so along pun hadiahlah kat pak lang. dah seminggu pak lang mai teman tok malm2.ntah apa angin dia...maybe dia nak berbakti seblm dia p haji 2 tahun ini....pak lang dgn suka hati menerima lebai along...amik berkat agaknya.
bilamana umi mendengar along cerita pasai lebai, tiba-tiba umi menangis kerana terkenang aruah tok wan yang semasa hidupnya gemar memakai lebai yang umi kaitkan untuknya. sampai pergi ke Mekah pun tok wan pakai....umi amat sedih mengingati tok wan yang amat baik dan amat menghargai pemberian umi. sekarang ntah di mana lebai itu berada....nanti umi cari di rumah tok. solat Isya' umi masih dalam kesedihan dan umi sentiasa berdoa agar roh tok wan tenang...setiap kali selepas solat waktu umi tak pernah lupa menghadiahkan alfatihah kepada aruah.
apa yang umi terkilan umi tak boleh selalu menziarah kubur tok wan ...hari jumaat bukan hari yang lapang bagi umi sekarang.....insyaallah raya nanti barulah boleh pergi.
Umi juga terkenang saat aruah tok wan menghadap sakaratulmaut.....13 mac 2007. sebelum itu selepas maghrib umi bacakan Yasin 2 kali di hadapan aruah dan umi dapati mukanya bercahayaf. umi kehairanan tapi cuma terdetik dalam hati...pukul 10 malam tok wan minta umi menyuci dirinya. tiba2 kakinya sejuk dan kami terus mengurut seluruh badannya.....umi dapat rasa getaran yang amat kuat dan bila umi peluk kepala tok wan umi dapati ianya berpeluh..umi memang menangis habis apatah lagi bila aruah kata: hang urutpun tak jadi apa dah. pak nak p dah ni.......akhirnya tok wan pergi dengan tenang ....matanya redup menunjukkan keakuran seorang hamba kepada Penciptanya......umi reda........
No comments:
Post a Comment